Cari Blog Ini

Jumat, 19 Maret 2021

Sejarah Biografi Lengkap Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam

  • Nama : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tanggal Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Ayah : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah)
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Sejarah Singkat dan Perjalanan Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam

 

Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam Saat masih menjadi Muhammad Kecil

 Saat umur 5 Tahun

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah saw yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

 

Saat umur 6 Tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Baginda dirawat oleh Ummu Aiman (hamba perempuan dari bapak ) dan dibiayai oleh kakeknya ‘Abdul Muttalib.

 

Saat umur 8 Tahun

Kakeknya ‘Abdul Muttalib meninggal dunia.

Beliu lalu dirawat oleh pamannya, Abu Talib.

 

Saat umur 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

 

Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam Saat masih menjadi Muhammad Muda

 

Saat umur 20 Tahun

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad saw ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.

Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

 

Saat umur 25 Tahun

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Beliu bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

 Maskahwin Beliu kepada Khadijah adalah sebesar 500 dirham.


Saat umur 35 Tahun

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

Pembangunan ulang Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Beliu diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertikaian berhubung perletakan batu tersebut.

 Saat menjadi diangkat menjadi Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam

Saat umur 40 Tahun

Beliu  menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

  

Saat umur 53 Tahun

 Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sahabat Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

 

Saat umur 63 Tahun

Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Juni 632M.

 

Adapun Nama-Nama Istri Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam

  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam’a
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  •  Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Adapun Nama Anak-Anak Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam

  • Qasim
  •  Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra’

0 comments:

Posting Komentar

kritik saran silahkan tinggalkan, kami dengan senang hati untuk memperbaiki

 

Alamat Pondok Pesantren El-madani

PPDB SMA Pesantren El-madani

jadwal sholat

jadwal-sholat